Monday, July 13, 2009

One of my working days

Kringg.... Alarm aku berbunyi. Aku terjaga and aku tgk jam menunjukkan pukul 7.15. Dengan tenang aku set balik alarm tue dan sambung tidur. Krinng... sekali lagi berbunyi dan kali ni menunjukkan 7.30 pagi. Aku set bali dan tidur... Kringg... Kali ke 3 berbunyi paling sakit didengar, itu menandakan sudah 7.40, nak tak nak aku gagahkan kan diri bangun jugak... Time2 nie ade jugak terpk nak buat2 demam mintak mc tapi memandangkan baru tak sampai 2 minggu kerja aku bangun jugak ar.

Terus aku mandi dan syukur baju dan seluar sudah aku gosok malam semalam. Selalu dalam around 8.00 pagi aku dah ready nak pergi kerja tapi hari ni camne ntah lambat sket 8.15 baru siap. Agak rushing ar jugak. Terus aku amik kunci kereta nak memecut ke lebuhraya persekutuan. Tempat kerja aku sangat ar dekat 10 minit drive je kalo tak jam tapi hari nie cuaca mendung seakan2 hujan membuatkan jalan raya sesak. Aku tak paham betul kenapa bile nak ujan traffic jam... 8.30 sudah berlalu, sepatutnya aku sudah berada didalam office tapi aku still kat highway.. Damn betul.

Sampai2 je kat area office aku around 8.40pg. Skang parking plak prob, parking dekat kene bayar rm6 kalo parking jauh kene bayar rm3. Nak taknak parking jauh ar, dah ar kat ctu byk giler anjing. Dari parking rm3 tue aku kene berjalan dalam 10 mins utk ke office, dan aku dah ar injured lutut.. Mmg jalan cam orang tua ar... Last2 sampai office dalam pukul 850am. Masuk2 sumer pandang, dan aku membodohkan diri aku duduk ke tempat aku.

Setelah mengatur nafas aku, aku susun2 file2 and drawing2 aku yg berselerak atas meja tue dan sambung kerja aku yg tak siap minggu lepas. Tiba2 ade je suara yg kurang enak berkata "Mane bill of quantity budak semangat yang nak datang kerja sabtu tue" Ternyata itu dituju khas pada aku. Aku jumaat lepas saje2 tanye kat sorang staff aku nie nama akmal konon2 nak wat kerja ari sabtu tapi jgn harap ar aku datang sabtu. Aku dengan tenang menjawb semula " Dun worry akak, tinggal finalize je" hahah padahal tak siap lagi, tapi aku tau kerja tue aku leh wat 10 minit je. Settle siap kerja aku, aku print and submit kat akak tue dan terus aku kluar amik cup of coffee and lepak kat pantry ngan staff2 lain. Hahaha amik mood dlu ar before start kerja. Then aku sambung balik buat kerja2 yg tak siap tue.

Terlalu tekun membuat kerja aku tidak sedar dah sampai lunch time, hahah ari nie staff department aku blanje mc d ar. Delivery lagi. Terbaik sungguh ar korang neh.. Kiteorang makan2 burak2, burak2, bace newspapers, gossip2, hahahaa. Abis tenang perut baru start kerja balik. Entah camne aku seronok plak dalam department nie. Aku awal2 masuk diorang attach kat department nieh nama ie "PHEA". Aku pk cam cool giler.. tapi actually stands for Public Health Environment and Administration. Terus perkataan damn kluar dari mulut. Dalam otak aku pk adakah aku jadi safety officer. Penat2 aku blaja 4 tahun takkan mende nie aku wat. Tapi actually department nie wat sewerage design. Mula2 aku cam menyesal gak sebab aku lagi minat nak masuk department stucture or bridge tapi skang aku seronok plak. Aku kene assign sewerage design utk project LRT KJ extention and aku kene wat 6 stations. Menarik giler and fun giler. Hahah tue yg aku tekun kat office tak sedar masa ataupun chicks2 hot lalu.

Sepatutnya aku kene siapkan BQ utk 6 stations by today sebab submit tender jumaat nie. So dengan pantasnya aku siapkan. Setelah memakan masa berjam2 di depan komputer, aku berjaya menyiapkan BQ utk station 1,2,3,5,dan 6. Then aku print dan dengan bangge nye menghulurkan kat senior engineer department tue. Senior Eng tue tgk2 hasil aku dan dengan membalaskan senyuman dia kate "farhan akak amik yg station 2 je okay, yg lain awak kene redesign balik sebab ade perubahan kat layout plan".
Dalam hati aku ' grrrrr penat je aku berpinar mata wat mende nie, Nasib baik aku tak datang office ari sabtu siapkan'. Terus aku berehat sebentar g pantry jalan2 sumer. Nak siapkan pun tak boleh sebab drought person tak siap layout lagi. So aku susun2 ar meja aku, design2 aku. Dalam pukul 5ptg baru layout baru siap... Saje je derung bagi time2 nak balik nie. Nak taknak aku buat je ar dan sedar2 dah pukul 630. Aku mampu buat 2 stations je sebab yg lain tak dapat lagi layout plan dia.

Terus aku berkemas2 balik dan terpaksa berjalan kaki jauh ke parking kereta. Kali nie aku balik banyak giler anjing... dah ar aku takut anjing. Tapi orang kat cnie cam dah biase dgn anjing2 nie je.. nak kata jinak cam anjing liar.. AAAhhh aku lalu tepi2 elak anjing2 tue.. Sampai je kat kete start terus gerak kluar. And part paling kelakar... kat tgh2 jalan kluar parking tue, ada 3 4 ekor anjing and tgh2 tue siap wat doggy style lagi. Damn first time aku tgk doggy live. Owhhh macam nie rupanya doggy style... hahahahah mmg kelakar abis ar, aku ingat nak amik camera tangkap je and post tapi byk plak kete kat blakang aku. Mmg lawak giler ar and aku takkan lupe ar.

Sampai2 je umah, aku lepak tgk tv bukak baju sumer. Makan apa yang ada sambil tgk citer kat astro tue. Settle je aku mandi2 and terus ke katil menghadap laptop seperti apa tgh aku buat skarang. Tunggu masa tido... hahaha. Almost hari2 aku camnie ar just doggy tue takde ar ari2. Huhuh bile dah kerja nie aku mmg miss giler2 waktu belajar dlu.. hahaha sure ramai orang dah cakap camni kan.. tapi mmg dow, keja penat takde life terus dah.. ari2 tunggu jumaat. hahahaha. Tapi nak wat camne mencari rezeki~ :P

So guys thanks for reading this~ just wanna share one of my working days~ PEace out